Tuesday 18 October 2011

perlukah sebab..?

Gadis: Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka: Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis: Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka: Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis: Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata..

Jejaka: Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

“Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara.

Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. 

Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.



“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”

Monday 17 October 2011

Nikah Awal Jalan Terbaik?


Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.
Mencabar! Kerana setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, anak muda remaja dan belia kita dibom dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan peluru berpandu yang membangkitkan naluri seksual masing-masing.
Biasalah apabila sudah baligh, umur meningkat, tiada godaan sekalipun, keinginan akan timbul juga secara automatiknya. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual itu boleh terangsang berpuluh lipat kali ganda dan berlaku pada tahap yang lebih awal lagi. Masalah pergaulan bebas sangat membimbangkan sehingga berlaku penzinaan.
Apakah jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini?
Apakah jalan untuk selamatkan spiritual anak kita?
Apakah jalan terbaik untuk selamatkan masyarakat kita?
Tidak boleh hendak menyalahkan ibu bapa yang tidak boleh awasi mereka 24 jam, dan tidak boleh hendak menyalahkan anak muda semata kerana cabaran yang melampau sana sini.
Oleh yang demikian, beberapa langkah boleh diambil bagi meringankan kekusutan masalah ini.
Yang pertama, kahwin awal itu penting, kerana ia menjaga spiritual anak-anak kita dari dikotori.
Maka, masyarakat harus berusaha mencari jalan untuk membolehkan anak-anak muda ini kahwin awal untuk memastikan jiwa dan spiritual anak itu sentiasa bersih. Dan perkahwinan hanya satu-satunya jalan untuk memenuhi keinginan seksual secara sah dan diredhai Allah.
Dan Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu supaya kahwin awal. Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih-lebih lagi dengan godaan yang datang"attack" dari pelbagai arah dalam masa yang sama. Di dalam al-Quran, Allah berfirman:
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka..." (24:32)
Memang benar anak muda diajar untuk berpuasa bagi menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi sampai bila?
Bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, dan mereka ini sentiasa berhadapan dengan godaan terus-menerus, setiap detik, setiap ketika, yang boleh mennyebabkan'nerve breakdown', jiwa tertekan, anak muda akan susah hendak memberi tumpuan dalam pembelajaran.
Akhirnya itu yang mencari jalan belakang, jalan senyap-senyap, jalan sembunyi untuk memenuhi keperluan semulajadi ini yang kita usaha untuk cuba elakkan.
Tetapi, hendak kahwin awal bukan senang. Ibu bapa mahu anak-anak habis belajar dahulu, selepas itu, matang pemikirannya, ada kedudukannya, hantaran RM15000-30000 (tepuk dahi), kemudian kewangan untuk anak-anak yang bakal lahir lagi. Maka kahwin awal itu seperti sesuatu yang rumit. Impossible!
Maka, di sini ada disenaraikan beberapa jalan untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal:
1. "Kewangan support" dari ibu bapa yang mempunyai kewangan yang baik. Ibu bapa yang berkemampuan memang digalakkan supaya menyokong anak-anak ni supaya kahwin awal dan bantu yang mana perlu. Kalau Islam itu menggalakkan kita untuk menolong orang susah, orang miskin, apatah lagi menolong anak sendiri sehingga mereka boleh berdikari, pasti banyak dan melimpah-ruah lagi ganjarannya.
2. "Komuniti support" . Sekiranya kita mempunyai islamic organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak ini kahwin awal. Mengikut sejarah , satu ketika seorang lelaki ditangkap dan dibawa ke Saidina Ali atas perlakuan yang tidak sopan. Selepas Ali memberikan hukuman yang sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara. Maka di sini Saidina Ali telah memberi contoh bagaimana masyarakat boleh menolong orang muda untuk berkahwin.
3."Perkahwinan tanpa beban kewangan". Iaitu si teruna dan dara itu bolehlah melaksanakan akad sahaja untuk menghalalkan hubungan. Tetapi mereka boleh tangguh dari membuat majlis perkahwinan yang menelan kos itu, mungkin selepas habis belajar, sudah bekerja, kemudian apabila duit sudah banyak, kita boleh meraikannya. Dan mereka ini dibenarkan saling berjumpa kerana mempunyai hubungan yang halal.
4. Mereka menjalankan akad dan majlis perkahwinan,tetapi tangguh juga dari menimang anak, dan hidup with "simple lifestyle". Maka dengan cara ni juga, mereka dapat memenuhi naluri masing-masing, dan dalam masa yang sama beban kewangan itu dapat dielakkan.
Ya...begitulah beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan tetapi diingatkan di sini, pengawasan ibu bapa, konsultasi dengan ibu bapa sangat-sangatlah penting dan kritikal dalam mengatur perkara ini.
Kami langsung tidak menyokong idea si teruna dan si dara buat keputusan sendiri tanpa"input" dari ibu bapa, dan tanpa mendapat restu hubungan mereka. Ini adalah penting untuk melindungi reputasi pihak perempuan terutamanya jika perkara yang tidak dijangka berlaku. Ibu bapa mainkan peranan yang sangat penting.
Sekiranya kita khusus untuk ibu bapa mengharapkan anak-anak ni supaya kewangan mereka"steady" dahulu selepas itu baru boleh berkahwin, mereka akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan dalam tempoh itu akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Maka, apabila kita memahami perspektif dari sudut pandangan Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka kita boleh lihat bukan perkara mustahil bagi pelajar-pelajar, untuk berkahwin dan dalam masa yang sama meneruskan pelajaran mereka, tinggal bersama di rumah ibu bapa, atau satu bilik yang disewa di universiti. Mereka boleh teruskan kehidupan yang sama mudahnya sepertimana kehidupan mereka sebagai pelajar.
Kahwin awal itu memang digalakkan, tetapi mental dan emosional, ilmu perlu diperlengkapkan supaya masing-masing menyedari tanggungjawab dalam kehidupan berumahtangga. TAQWA, mesti penuh di dada, barulah rumah tangga itu bercahaya.

Berbahagialah Wahai Wanita

Siapa kata jadi perempuan itu senang?

Perlu tutup sana, tutup sini,

Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Cuba lihat budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tidak bising.
Perempuan. Stoking perlu pakai.
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.
Pasti menangis air mata darah, kerana tidak tahan bertutup semua.
Tetapi, perempuan sentiasa sabar. Tengah panas masih boleh lagi memakai jubah.
Hebatkan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit. Hendak pergi kelas pun susah.
Kalau boleh, masa tengah jalan merasakan hendak meraung kerana kesakitan.
Cuba lihat budak lelaki , mereka nampak gembira. Kadang-kadang setahun sekali pun susah dapat sakit, tetapi sekali sakit, merungut bagai tidak ingat dunia.
Tetapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, masih boleh tersenyum menyimpan kesakitan yang dialaminya.
Hebatkan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Hati ini Allah S.W.T jadikan sangat lembut.
Hati cepat sensitif.
Cuba lihat orang putus cinta. Kebiasaannya perempuan yang paling susah hendak lupa.
Lelaki selepas putus cinta cepat mencari pasangan baru.
Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan, siapa yang paling teruk menangis?
Perempuan bukan? Lelaki masih boleh ketawa.
Sungguh lembut hati perempuan. Tetapi dengan hati yang lembut itu perempuan dapat mengkagumkan lelaki. Hebat tidak perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Apabila hendak keluar ke mana-mana, sentiasa ketakutan. Kerana berita asyik-asyik keluar cerita orang kena rogol, kena culik.
Lelaki pukul dua pagi masih boleh keluar minum kopi tengok bola.
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Jika dirogol, perempuan disalahkan kata tidak jaga pakaian,
Apabila buang anak, perempuan disalahkan cakap berhati binatang,
Apabila buat salah sikit, kena marah dengan suami,
Apabila bising terlebih, kena label perempuan tidak sopan
Betapa susah hendak jadi perempuankan?
Disebabkan susahnya hendak jadi perempuan inilah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.
Mereka berkata, Allah S.W.T tidak adil.
Mengapa AllahS.W.T lebihkan lelaki?
Mengapa perempuan perlu dengar cakap suami?
Mengapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Walhal jadi perempuan itu sangatlah susah. Bak kata orang, hendak jaga sepuluh anak lelaki, tidak susah seperti menjaga seorang anak perempuan.
Disebabkan perasaan negatif pada Allah S.W.T ini, ramai perempuan di luar sana yang ditolak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun!'
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki. Mereka sanggup gadaikan diri mereka kerana percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.
Kasihan pada mereka bukan?
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah S.W.T, mereka sanggup rosakkan diri mereka.
Mereka berkata mereka lakukan seperti itu kerana Allah S.W.T tidak adil.
Persoalannya sekarang,adakah benar Allah S.W.T tidak adil pada perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.
Tetapi, cuba ingat kembali, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa jika bukan pada kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami.
Tetapi, seorang anak lelaki perlu taat pada ibunya tiga kali lebih utama daripada ayahnya.
Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tetapi Allah itu sangat sayang pada perempuan.
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.
Jika paling banyak lelaki ada empat orang isteri.
Cuma ada empat orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu.
Tetapi perempuan, ditakdirkan ada lima belas orang anak lelaki.
Bermakna ada lima belas orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan itu.
Masya-Allah, hebatnya perempuan bukan?
Mengapa perempuan hebat?
Kerana kasih sayang Allah S.W.T yang menjadikan kita hebat!
Cuba didengari pula lagu-lagu yang berkumandang pada radio.
Banyak lagu berkaitan perempuan bukan?
Jarang kita dengar lagu berkaitan lelaki.
Sayang sungguh Allah S.W.T itu pada perempuan, hingga perempuan dikasihi seperti itu sekali di dunia ini.
Lihat pula apabila seorang lelaki berjaya.
Orang akan berkata, 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya.'
Kita tidak pernah dengar orang berkata, 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya.'
Sungguh hebat Allah S.W.T jadikan perempuan itu.
Masih tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Hakikatnya, Allah S.W.T terlampau adil pada perempuan.
Disebabkan susahnya hendak menjadi perempuan ini, perempuan senang hendak masuk syurga. Berdasarkan satu hadis :
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Oh perempuan, sedarlah.
Betapa sayangnya Allah S.W.T pada kita. Betapa cintanya Allah S.W.T  pada kita.
Tetapi, mengapa kita rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tidak berasas pada Allah S.W.T?
Allah S.W.T jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia.
Bayangkan, dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, kita jadi hiasannya.
Seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah.
Betapa ruginya kita sekiranya ditolak menjadi seindah-indah perhiasan dunia bukan?

Saturday 1 October 2011

suka, CINTA atau sayang??


Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau MENYAYANGI seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kau MENCINTAI seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."

Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.

Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."

Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...

SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

Thursday 25 August 2011

"cinta seorang wanita"

'cinta...'
cinta seorang perempuan adalah
seperti sekumpulan lebah yang
menyembunyikan madunya
untuk lelaki dan lelaki pula
adalah pengumpul madu
yang akan merasai
cinta seorang wanita...

cantik wanita kerana kejernihan wajah,
manis wanita kerana senyuman yang indah,
ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah,
hebat wanita kerana keimanan yang teguh...

kejelitaan wanita adalah kurniaan
yang pertama dari TUHAN untuk wanita
dan ianya juga merupakan perkara
pertama yang akan hilang dari WANITA itu sendiri........

sang pencinta~aSYmian kAf~

Sunday 26 June 2011

cintaku menghilang


Ungkapan kata seiring luahan dihati,
disini hatiku berkata,
aku cinta padamu,
namun cinta kita ini cuma satu persinggahan sementara,
Kini,
cintaku telah menghilang,
kau pergi jauh meninggalkan diriku,
kau telah tinggalkan memori indah sewaktu ku bersamamu,
Benar,
ku mencintaimu hingga waktu ini,
akanku abadikan kenangan indah kita dalam nota harianku,
ku menganggapmu sebagai cinta terakhirku,
tiada lain yang ku mahu,
hanya bersamamu sekali lagi,
setelah cintaku menghilang….

Monday 20 June 2011

antara CINTA dan GADIS





Gadis,
Pernahkah kau fikir
jejaka yang kau cinta tidak pernah menghargaimu
Gadis,
sudah banyak airmata engkau tumpahkan demi jejaka
sedarkah jejaka itu tentang semua ini?
Gadis,
engkau mengharapkan jejaka mencintaimu
sedangkan jejaka masih keliru dengan cinta yang hadir
Gadis,
kesetiaan mu pada jejaka tak akan luntur
tetapi adakah jejaka turut setia seteguh engkau
Gadis,
engkau korban dirimu demi jejaka
adakah jejaka akan melakukan sedemikian itu juga?
Gadis,
kau berperang dengan perasaanmu sendiri
dan kau rebah dengan sendiri
Gadis,
adakah jejaka yang kau cinta
dapat membuat engkau bahagia?
Gadis,
persoalan dan jawapannya
ada pada diri mu
dan aku tahu
cinta gadis pada jejaka terlampau utuh
lalu aku membiarkan gadis melayari bahtera cintanya
sendiri duhai GADIS.....
  

....

*cinta datang bila hati kian bersatu, maka semaikanlah ia dengan baja kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan*

khas : NOR n SARAH <3<3<3 sayang korang...hope 4 eva in our heart...~chomby~

Thursday 16 June 2011

C!NTA...............

Cinta…
Hidup terasa hampa tanpamu.. Raga ini terasa hancur Bagai puing-puing bangunan  Yang berserakan tanpa sentuhan kasihmu..

Cinta… 
Setiap orang selalu memanggil manamu Setiap orang selalu membutuhkanmu Setiap orang berusaha menggapaimu.

Cinta….
Mengapa ada saja yang selalu mengganggumu
Mengapa ada saja yang selalu mempermainkanmu Merayumu, membuaimu.. Kemudian mencampakkanmu..

Cinta… 
Engkau terlalu indah untuk disakiti Engkau terlalu berharga untuk dipermainkan Engkau terlalu sempurna untuk dicampakkan. 

Cinta…
Jadilah engkau bak mutiara dilautan Yang selalu bersinar Memancarkan cahayanya yang berkilauan Walau engkau berada dalam lumpur yang paling dalam.. 

Cinta…. 
Sebuah perasaan yang diberikan oleh Tuhan pada sepasang manusia untuk saling…. (saling mencintai, saling memiliki, saling memenuhi, saling pengertian dll). 

Cinta……
Tidak dapat dipaksakan, cinta hanya dapat berjalan apabila ke-2 belah phiak melakukan “saling” tersebut… 

Cinta….. 
Tidak dapat berjalan apabila mereka mementingkan diri sendiri.
Karena dalam berhubungan, pasangan kita pasti menginginkan suatu perhatian lebih dan itu hanya bisa di dapat dari pengertian pasangannya.