Wednesday 25 September 2013

nanti i update lagi...

lamanya dop updates blog ny..hayya, rindu sangat sama kamoo..!!

now nak pergi beli kasut untuk konvo..nanti i upload ye..hehehe...excited nak konvo 28/09/2013 ny...

i will be back....

<3 u olls....!

Tuesday 12 March 2013

tika dan saat ini....

assalam...
wah..!! tetibe jerk aku rasa nak share dengan korang malam ney...hayya.,fenim lagi fenim lagi...dalam kesibukan aku menyiapkan FYP aku, datang pulak memori silam aku menjengah keadaan aku...
sebenarnya aku teringatkan seseorang yang pernah menyerikan hidup aku sebelum ny, tanpa dia sungguh aku lemah sekali kerana antara aku dan dia terlalu banyak benda untuk dikenang...

SIAPAKAH DIA..??

DIA.....
cinta pertamaku dan aku berharap akan menjadi cinta terakhirku, namun apalah dayaku hanya manusia biasa, manusia yang hanya mampu merancang namun Dia yang menentukan..."dia" telah kembali kepada Pencipta kita, kerana Dia lebih sayangkan "dia", Dia telah membawanya pergi bersama-sama-Nya...
sungguh aku tidak dapat melupakannya, walaupun sudah 3tahun, "dia" meninggalkan aku, keluarga dan sahabat-sahabatnya...Ya Rabb, aku memohon kepada-Mu, berikanlah aku cinta seindah cintanya kepadaku atau yang lebih baik lagi...jika bukan d dunia aku akan menanti di akhirat sana..insya-Allah...

okey dah..!! nanti makin lama makin mengarut je entry aku kali ney...aku cau dulular yerp...nunyte semua ^_^ -03:53:29A.M-130313-

p/s: semoga arwah berada di samping orang2 yang beriman dan beramal soleh serta tenang dan aman di sana...aamiin...Al-Fatihah....





Thursday 7 March 2013

Kempen "Say NO to plastic bags!!"

assalamualaikum...

tujuan blog ini di update setelah sekian lama menyepi adalah ingin meminta komen/pendapat dan sebagainya daripada kalian untuk membantu aku dalam menyempurnakan projek akhir aku ini yang bertajuk ''Hari Tanpa Penggunaan Beg Plastik"..

aku telah memperbaharui logo untuk kempen ini serta telah membuat beberapa design seperti poster, bunting dan billboard untuk pembentangan akhir projek ini...aku berharap korang memberikan komen yang membina supaya dapat membantu aku dalam projek ini...terima kasih...

mohon kalian menjawab soalan berikut :-


logo yang telah diproceed

                 1. adakah korang bersetuju dengan jika kempen ''Hari Tanpa Penggunaan Beg Plastik" ini diadakan?

                 2. adakah logo ini dapat menarik minat orang ramai untuk mengetahui apakah maksud disebalik ayat pada logo ini?








                 3. pada pandangan anda sendiri, adakah poster, bunting dan billboard ini dapat menarik minat masyarakat untuk datang menyertai kempen ini?
               

                 4. adakah berkesan kempen ini jika saya membuat design dengan hanya menggunakan taipografi(tulisan sahaja) untuk membuat poster, bunting dan billboard seperti di atas?


mohon anda dapat berkongsi blog ini kepada rakan2 anda dalam memberikan pandangan mereka secara direct kepada saya, sekian terima kasih....jasa kalian dalam membantu saya amat saya hargai...trimas ^_^




Thursday 3 May 2012

Cara Meninggalkan Maksiat....


Pada suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabiah. Ia meminta nasihat kepada dirinya agar ia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya. Ia berkata, “Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku cara yang ampuh untuk menghentikannya.”

Setelah merenung sejenah, Ibrahim berkata, “jika kau mampu melaksanakan lima syarat yang kuajukan, maka aku tidak keberatan kau berbuat dosa.”

Tentu saja dengan penuh rasa ingin tahu yang besar, Jahdar beratanya, “apa saja syarat-syarat ini, ya Aba Ishak?”

“Syarat pertama, jika kau melaksanakan perbuatan maksiat, maka janganlah kau memakan rezeki Allah”, ucap Ibrahim.

Lelaki itu mengenyitkan dahinya lalu berkata, “lalu aku makan dari mana? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rezeki Allah?”

“Benar”, jawab Ibrahim tegas. “Bila kau telah mengetahuinya, masih pantaskah kau memakan rezeki -Nya sementara kau terus melakukan maksiat dan melanggar perintah-perintah-Nya?”

“Baiklah…”, jawab lelaki itu tampak menyerah. “kemudian apa syarat yang kedua?”

kalau kau bermaksiat kepada Allah, janganlah kau tinggal di bumi-Nya”, kata Ibrahim lebih tegas lagi.

Syarat kedua ini membuat Jahdar lebih kaget lagi. “Apa? Syarat ini lebih hebat lagi. Lalu aku harus tinggal di mana? Bukankah bumi dengan segala isinya ini milik Allah?”

“Benar Abdullah. Karena itu pikirkanlah baik-baik. Apakah kau masih pantas memakan rezeki -Nya dan tinggal di bumi-Nya sementara kau terus berbuat maksiat?”, tanya Ibrahim.

“Kau benar Aba Ishak”, ucap Jahdar kemudian. “Lalu apa syarat ketiga?”, tanyanya dengan penasaran.

“Kalau kau masih juga bermaksiat kepada Allah tetapi masih ingin memakan rizki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, maka carilah tempat yang tersembunyi agar tidak terlihat oleh-Nya.” 

Syarat ini membuat lelaki itu terkesima. “Ya Aba Ishak, nasehat macam apakah semua ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Bagus! Kalau kau yakin Allah selalu melihat kita, tetapi kau masih terus memakan rezeki -Nya, tinggal di buminya, dan terus melakukan maksiat kepada-Nya. Pantaskah kau melakukan semua itu?”, Tanya Ibrahim kepada lelaki yang masih tampak bengok itu. Semua ucapan itu membuat Jahdar bin Rabiah tidak berkutik dan membenarkannya.

“Baiklah, ya Aba Ishak, lalu katakan apa syarat yang keempat?”

“Jika malaikatul maut hendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya bahawa engkau belum mahu mati sebelum bertaubat dan melakukan amal soleh.” 

Jahdar termenung. Tampaknya ia mulai menyadari semua perbuatan yang dilakukan selama ini. Ia kemudian berkata, “tidak mungkin…tidak mungkin semua itu kulakukan.”

“Ya abdallah, bila kau tidak sanggup mengundurkan hari kematianmu, lalu dengan cara apa kau dapat menghindari murka Allah?”

Tanpa banyak komentar lagi, ia bertanya syarat yang kelima, yang merupakan syarat terakhir. Ibrahim bin Adham untuk kesekian kalinya memberi nasehat kepada lelaki itu.

“Yang terakhir, bila malaikat Zabaniyah hendak menggiringmu ke neraka di hari kiamat, janganlah kau bersedia ikut dengannya dan menjauhlah!” 

Lelaki yang ada dihadapan Ibrahim bin Adham itu tampaknya tidak sanggup lagi mendengar nasihatnya. Ia menangis penuh penyesalan. Dengan wajah penuh sesal, ia berkata, “cukup…cukup ya Aba Ishak! Jangan kau teruskan lagi. Aku tidak sanggup lagi mendengarkannya. Aku berjanji, mulai saat ini aku akan beristighfar dan bertaubat nasuha kepada Allah.”

Lelaki itu memang menepati janjinya. Sejak pertemuannya dengan Ibrahim bin Adham, ia benar-benar berubah. Ia mulai menjalankan ibadah dan semua perintah-perintah Allah dengan baik dan khusyuk.

"insya-ALLAH setiap yang dilakukan itu jika ikhlas kerana ALLAH TAALA, maka akan diredhai-NYA...amin~~"

Diambilkan dari Abu Nawas dan Terompah Ajaib 

Aziz Mushoffa – Imam Musbikin 

Mitra Pustaka, Cetakan VI, September 2003



Wednesday 2 May 2012

siapakah WANITA yang CANTIK??


Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah2.Tersenyum saat tertekan3.Tertawa saat hati sedang menangis4.Tabah di saat terhina5.Mempersona kerana memaafkan6.Mengasihi tanpa balasan7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.


Monday 2 April 2012

answer 4 wife from husband ^_*


assalamualaikum wbt.....
al kisahnya pagi ini ialah aku terbaca satu post ni dari seorang boy ni, kira senior akularh sebab tua dari aku walaupun bukan satu tempat study dengan aku tapi yang pastinya boy ni kawan akak aku....hihiihi

okey status dye, ada gambar nie and yang paling aku rasa sweet sangat ialah jawapan dye untuk gambar nie..memang wow sangat boy ni..jiwang kot..huhuhuu





jawapan boy nie : Insya Allah I will~ I will eat whatever you can cook, i will help you clean, I will not complain, Insya Allah. I will be content with the way you look and by the way you dress and I will not demand much of you. Insya Allah~ I will be happy with whatever children Allah will bless us with, and I will help you raise them. I only ask one thing from you. Please be patient with me and be contended with me with whatever Allah has given me for the sake of Allah and guide me to do good things and stop me from doing bad deeds so that we both may enter Jannah together. Insya Allah :) :)


#WAaahhh....sweetkan boy nie...untung lah sapa yang dapat dye....maaf ye kalau abang senior yang baca blog saya ni and mohon dihalalkan i create your story nie..hehehe...suke sangat dengan jawapan ni, sweet jer =)

okeylah, kelas pon dah habes...so aku pon dah habes tulis dahler...ngEee~~

dAaa.....wassalam ^_^


_aSYmian kAf_

Sunday 1 April 2012

~kehidupan~

'sEbUAh kEhIdUpAn'


"hidup ini SUNYI,
tanpa azan dan iqamat...
hidup ini MALAP,
tanpa bulan dan bintang...
hidup ini BOSAN,
tanpa cabaran dan dugaan...
hidup ini SURAM,
tanpa boneka dan pentasnya...
hidup ini TIDAK ADIL,
tanpa hari perhitungan...
namun.....
TIADA kehidupan,
tanpa MAHA PENCIPTA..."

_aSYmian kAf_